dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 Fasa 10, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Latihan STEM – Roket Mainan

22 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2024 (Ahad) – Seramai 3 orang pelajar perempuan yang merupakan ahli NADI Presint 9 Fasa 10 telah hadir untuk mengikuti kelas yang dianjurkan. Pada kali ini mereka berpeluang untuk melakukan aktiviti STEM secara berkumpulan. Sesi ini berlangsung selama 1 jam 30 minit bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 4.30 petang. Tujuan aktiviti ini diadakan untuk melatih pelajar dan sebagai pendedahan awal kepada kemahiran kerja berpasukan serta membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran berkomunikasi.

Aktiviti Pertama : Tayangan Video – Bahan Buangan dan Kitar Semula
Pada permulaan kelas, petugas NADI membuka tayangan video youtube mengenai kesan pembuangan barangan yang akan menjejaskan ekosistem dan membantu pelajar mendapatkan idea untuk menghasilkan sesuatu produk daripada barangan terbuang

Aktiviti Kedua : Roket Mainan
Peserta diberikan tugasan dalam kumpulan dan mereka memilih untuk menghasilkan roket mainan daripada bahan buangan seperti botol air. Pelajar dapat bekerjasama dalam satu pasukan untuk menghasilkan roket tersebut dan memberikan penjelasan mengenai hasil rekaan mereka kepada petugas NADI

Aktiviti Ketiga – Kuiz Kahoot
Petugas mengadakan latihan kuiz Sains Bahan Buangan untuk menguji pengetahuan pelajar dan sekaligus dapat memberi pendedahan kepada mereka secara tidak langsung mengenainya. Pelajar diminta untuk menjawab 10 soalan dan dapat melihat markah mereka sebaik sahaja soalan terakhir di paparan skrin utama

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2024 Semua Hakcipta Terpelihara.